25.12.11

detik burung hantu perisa vanilla

pada detik dia menekan huruf, inilah detik terjadinya perkataan dan pada detik ini jugalah dia masih berfikir untuk menyusun. menyusun ayat. lambatnya.
kepala dia tidak kerap pening. tidak kerap sakit. tapi dadanya kerap sebak. kaitan antara kepala sakit dengan dada sebak masih dalam pencarian. pelik.
pada detik ke lima ribu, dia menggunakan jari untuk serabutkan rambut. tipu.

pada detik detik sunyi inilah, burung hantu berbunyi merdu
debarkan kalbu
lagukan rindu.

dia masih percaya itu tipu.

pssst,soalan bodoh untuk disenyum:
perkataan sayang jika dituturkan tanpa perasaan, bolehkah?

No comments: