10.12.11

kesimpulan tahun lepas

sudah masuk pertengahan Muharam dah pun, semakin tua, perangai aku semakin pelik. sudah muncul perangai perangai baru yang tak comel langsung. tak comel langsung. antara kesimpulan untuk tahun lepas:

1.
hati diumpamakan seperti ikan yang hilang nyawanya
senang menjadi masin bila digaramkan.
mudah dirasuki bila mati.

2.
cakap banyak tanpa bertindak tak ada gunanya. 
seperti mengetuk tin kosong.
bunyi saja kuat. isinya kosong.

3.
istiqamah itu susah. 

4.
berjanji kosong seperti meniup buih.
indah, tapi mudah pecah.

5.
tabiat baru muncul bila sunyi.

6.
menangguhkan kerja itu seperti gula gula.
manis, tapi memudaratkan.

7.
lelaki tetap macam tu. jangan mudah jatuh hati.

8.
menangguhkan solat sungguh tidak cool.

9.
mengulang kesilapan yang sama adalah bodoh. 

10.
nak memulakan sesuatu perkara memerlukan rajin dan semangat luar biasa.

11. 
malas merupakan penyakit kronik lagi merbahaya, tak comel, tak sexy dan buruk.


rasa rasanya tuhan dah banyak beri aku peluang. cuma aku je suka membuang buang peluang. 
sekian luahan perasaan dari saya.

faz.

fuh, panjangnya.


2 comments:

Mai said...

aku pun sama. aku dah tak comel mcm dlu...

luahan hati cik mai mollusc (- -)

cik faz said...

kan.huhu