1.2.12

semakin melayu.

matanya mencerun ke arah susuk tubuh kelabu.
ikutkan imaginasi, sudah lama dia tumbuk dan hempuk kepala si kelabu tadi dengan tong sampah besi di sebelah kirinya.
meluat.
setiap kata yang terluah oleh kelabu, dimuntahkannya terus.
sungguh.

matanya dibesarkan.
mukanya dimasamkan.
moga mimik seriusnya menjadi.
kenapa banyak sangat ayat yang terkeluar dari mulut kelabu ni?
bising.
setiap butir kata yang terkeluar seperti dipaksa masuk ke telinga.
pedih.

adakah dia menjadi terlalu sombong untuk mendengar?
oh tuhan.

mahu saja dia menutup telinga dan berguling guling di depan kelabu tanda protes.
alangkah bagusnya.
tapi dia masih, memaniskan muka, menadah telinga, menjaga jiwa.
jiwa si kelabu yang banyak bunyi.

oh tuhan.
peliharalah aku daripada membunuh.

No comments: