5.4.12

Pencabul Kalbu

Teorinya begini,
Seorang atau seekor, pari pari, aku tak pasti penjodoh bilangan yang sesuai untuk pari pari mencangkung di hujung atap asrama perempuan sambil mengintai intai mangsanya untuk tahun ini.
Untuk tahun 2007 ini, dia sudah ada target. Dia mahu paling kurang 500 orang mangsa. Kalau lebih, kenyang untuk sepanjang tahun lah nampaknya dia.

Dia menyiapkan busur dan anak panah berapi berbentuk hati miliknya untuk dipanah di dada gadis gadis lembik di blok hadapan tempat dia mencangkung. Zzzzuuuup. Tepat di dada gadis lembik pertama. Dengan silencer yang baru dia dapat di pasaran gelap kelmarin, orang lain tidak dapat hidu pemburuan dia malam ni. Haha, gelak kuat dia bergema dalam hati.

Gadis lembik pertama, tersungkur di atas katil. Esok, racunnya pasti menjalar seluruh badan. Esok, mangsanya akan menurut katanya. Hahahahaha, dia gelak lagi.

2 comments:

Cinta said...

apsal citer ni fantasi sesgt..x dpt ku byangkn dgn akalku yg waras ni faz

Anonymous said...

ala, berimaginasi lah sikit kin, hehehe :P

faz.