10.12.12

Sisa sisi lama

Dia yang kecewa dengan penyakit lama
cuba untuk bangun dan mengelap setiap peluh dosa
yang keluar dari setiap liang romanya.

Aneh.
Sakit dan pedih.

Setiap kali dia mengelap peluhnya,
tangisannya bersisa.

Belum,
dia belum habis mencuba segala upayanya lagi.
Belum,
dia belum kuat untuk mengurung.

Terlalu sayang,
sayangnya membintilkan keringat pedih.

Setiap kali dia mengelap peluhnya,
tangisannya bersisa.



No comments: