6.3.13

Semuanya lambat lambat

Serta merta semuanya jadi lambat.
Degup jantungnya
Hembus nafasnya
Kelip matanya
Detik waktunya, malah
kelajuan komputer ribanya,
Semuanya lambat lambat.

Lambat inilah yang merimaskannya.
Lambat ini jugalah buat dia lemau.
Lemau selemau lemaunya.
Semua buku tebal ratus ratus muka habis dibacanya.
Tapi tidak jurnal nipis dua tiga muka.

Ini bukan perkara aneh pun.
Dia saja mahu kecoh kecoh.
Mahu keraskan balik lembik lemau badannya.

Ahhhhhhhhhh.
Selamat datang ke dunia sebenar.
Dunia mengorat jiwa lemau.




2 comments:

Penglipur Insomnia said...

lemau utk mengenal semuanya yg lambat-lambat saja

fazika puspa said...

amboi, lemau juga ke cik abg? hehe