8.4.13

Afghanistan, Hazara, arak, perang, dan layang-layang

Ingin saja aku kunci bicaraku.
Tapi lancar saja lidah menuturkan segalanya.
Dan laju saja degup jantungku menyesal di kemudiannya.

***

Hari ini banyak. Banyak masa dia dihabiskan dengan perkataan. Perkataan Melayu yang berbekas sampai sekarang. Datangnya dari sebuah buku. Oh, dan sudah lama dia mengesan kecacatan ilmunya. Kurangnya cakna dia pada perubahan dunia. Apa yang berlaku pada saudara seislamnya diseluruh dunia.

Sedihnya dia. Pilunya dia hanya disebabkan cerita yang ini. Tapi lagi besar kecewa dia. Dia kecewa dengan realiti dunia umat islam sekarang. Dia bertambah kecewa kerana dia adalah cerminan kepada umat islam itu.

Cerita hakikat memang dan selalu menyedihkan. Kerana itu, dia sedaya upaya menjauhinya. Fantasi lebih menyeronokkan. Lebih membahagiakan.

Afghanistan, Hazara, arak, perang, dan layang-layang.

Dia sebak.
Dia baru sebak.

gambar dari carian enjin gugel.

No comments: