15.4.13

Penuh-penuh

Dalam nyaman dingin Terengganu sempat lagi dia memikir tentang projek mini yang selalunya memberi kesan pada seluruh hidupnya. Gelak. Memang lah terfikir. Gila apa tak fikir tentang projek satunya itu. Semput.

Kadang-kadang, dia rasa dia sudah bagi semua yang terbaik. Tapi pada setiap malam-malam riuhnya, dia tahu, terbaik dia itu tidaklah terbaik mana. Terbaik hanya untuk sedapkan jiwa. Selepas itu, mula lah bermimpi pasal kulat gergasi yang marah kerana terabai. Puii. Ludah dikirinya.

Jadi, selepas kesilapan (atau lebih kepada perasaan bersalah barangkali) bermain di setiap kelipan matanya dan dia mulai rimas; dia membuat satu kesimpulan bebas. Hmmmm. Kata kesimpulan bebasnya itu,

"Kau harus ikhlaskan hati kau. Jangan buat kerja separuh-separuh. Mak kau pun tak suka kalau kau lipat kain separuh-separuh kan? Jadi begitulah juga dengan setiap projek hidup kau. Ikhlas kan hati. Buat penuh-penuh. Dengan izin Allah, keputusan yang kau dapat pun akan penuh."

Begitulah kata kesimpulan bebas kepunyaannya.

Mari penuhkan hati kita dengan ikhlas, InyaAllah mak suka, sesiapa pun suka dan yang penting, Allah pun suka!

Bye.

No comments: