4.7.13

her attitude is her problem.

Segala puji pujian kepada Tuhan sekalian alam.
Kerana dengan nikmat Tuhannya, takung nyawanya masih berdegup.

***
Ceritanya saja sering dirasakan kurang lengkap. Tawar hebeh kata orang Pahang. Well, apa-apa pun, dialah yang mencorakkan hidupnya. Dia yang pilih sama ada nak warna-warni ataupun pucat saja.

Jujur dia merasakan, ceritanya kini berlegar pada warna yang sama. Tiada tona langsung. Dull kata orang barat. Untuk menyedapkan organ paling besar dalam badannya, dia mula mereka-reka alasan yang positif. Yelah bak kata Prof. Muhaya, perkataan berbaur positif boleh memberi tenaga dan kekuatan yang luar biasa kepada kita.

Dia sedang menunggu kekuatan luar biasa itu. Hmm, perkataan menunggu itu pun seperti malas saja bunyinya kan? ok tukar perkataan. Dia sedang berusaha untuk keluar dari warna pucat ini. Tapi sering saja usahanya itu diconteng dengan warna hitam balik. Tertekan dia tau. Balik-balik hitam . Baaaalik balik hitam. takde warna lain ke?

Pasifnya rasa.

Nak masuk askar lah.




2 comments:

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

haha..part last tu mcm klakar pulak..tetibe nk masuk askar..

fazika puspa said...

tapi memang nak masuk askar,tapi, fizikal mcm tak fit je.hahaha