12.2.14

K.U.A.N.T.A.N

Sewaktu menaip ayat ini, rahang dia masih separa terkunci dan masih gagal untuk menguap dengan puas.
Pagi esok kalau rahangnya masih terkunci lagi, dia perlu berjumpa doktor.

Sebulan lepas.
Harinya begitu serabut dan penat. Tak pernah dia senyum kepada begitu ramai orang sebelum ini.
Ramai. Ramai sungguh.
"Selok betul orang shopping" kata kawan sekerjanya.
Dia hanya mampu tersenyum. Senyum lesu.

Kadang bila dia melihat gelagat orang (dan mungkin orang juga melihat gelagatnya) dia tersenyum sendiri. Sebab lucu tentunya dan sebab orang merupakan subjek yang unik untuk ditonton, difikir dan digelak.
Masa ini, hatinya masih bersemangat lagi untuk melayan karenah semua orang yang diberinya senyuman.
Dia senyum semanis gula icing warna-warni atas kek yang semakin pahit apabila ditelan.

1.02 pagi hari ini.
Duit mengalir seperti air.
Dan dia tidak harus merungut. Sepatutnya.
Seperti hati dia menjerit.."lantaklah dengan dunia. Aku sudah tidak peduli."
Pdahal ini baru saja bermula. Dia terasa diri dia melucukan.
Lalu dia tergelak sendiri.







No comments: