25.5.14

Musim

Sejak dua menjak ni nyamuk banyak sungguh. Musim nyamuk membiak agaknya.
Nyamuk halus-halus tapi gigitanya gatal sekali dan semestinya menjengkelkan. Habis berbintat peha, lengan, dan pipi Dahlia. Disemburnya racun nyamuk sekali, makin berganda pulak nyamuknya. Agaknya sudah tidak lut nyamuk ini dengan racun manusia. Alahai.

Begitu juga la perihalnya dengan musim cinta. Kiri kanan depan belakang semua sebut perihal ini. Surat khabar, novel, cerpen, rancangan tv, dan lagu-lagu semua berbincang mengenai hal ini.Halus-halus saja, tapi impaknya pada diri saya (dan mungkin diri anda) sungguh besar sekali.

Sungguh besar sekali. Sampai saya (dan mungkin anda) tidak dapat membezakan apa tujuan utama saya (atau mungkin anda) hidup di dunia ini. Untuk bercinta kah atau untuk beribadah kepada pencipta? Kadang saya meletakkan cinta menjadi hal yang paling utama. Alahai.

Ya, saya sekarang masih terlalu keliru.

Dan masih terlalu rindu. eh?



Faz, Hujung Kuantan.

No comments: