20.5.14

Qalam Kalbu manis sekali

Hati dia ini senang terkesan dengan cerita cerita dalam novel.
Terutamanya cerita yang sedap sedap  sehingga menjilat kulit buku.
Setiap helai dibukanya perlahan lahan. Ayatnya dibaca lambat lambat.
Sayang mahu dihabiskan.

Dan cerita kali ini benar-benar terkesan.
Dia betul-betul suka.

Antara cerita-cerita yang berbekas yang dia suka hirup berkali-kali ialah seperti novel Salina oleh A.Samad Said, Pendeta Gua Khayalan (Dibaca banyak kali), Anak Mat Lela Gila, karya-karya Shahnon Ahmad, karya Ramlee Awang Murshid ,The Kite Runner dan yang terbaru Qalam Kalbu. 


Ahhhha manis sekali.

Sebenarnya, ada banyak lagi cerita-cerita yang terkesan. 
Dalam rumah dia sendiri pun dia boleh jumpa.

;)

No comments: