20.8.14

Rawak

Buana hari ini terlalu pantas.
Semuanya di hujung jari. Semuanya di depan muka. Pantas yang amat. Berkelip pun tak dan. Disebabkan kepantasan inilah, tanpa kita sedari kita terlepas banyak detik beharga dan kita terlepas untuk memerhati.

***
Aku perasan lah kan, orang yang berfikir ni, dia banyak memerhati (observe) alam dan persekitaran. Sebab, benda yang sekecil-kecil benda pun atau benda remeh pun dia boleh jadikan iktibar atau pengajaran dalam hidup. Aku, usahkan benda halus, gajah depan mata pun belum tentu aku nak memerhati. hah! nampak sangat kurang berfikir. Tau nak disuap je. eh?

Contoh, emm, macam cerita sang semut dan lebah. Anjing, babi, lembu dan kera. Semuanya ada pengajaran yang kita sedia maklum. Ada banyak contoh lagi, tapi aku tak reti nak tulis macamana. Ada satu contoh ni, aku terbaca dalam satu buku atau blog ayat dia lebih kurang beginilah bunyinya;

hati diumpamakan seperti ikan yang hilang nyawanya
senang menjadi masin bila digaramkan.
mudah dirasuki bila mati.

maksudnya, jangan membiarkan hati kita ini mati, sebab hati yang mati mudah dipengaruhi.

 See, bijok op. Aku rasa orang Melayu lama kita ini bijak lah. Tengok saja peribahasa, bidalan, syair dan pantun mereka, semuanya diinspirasi dari alam dan dapat pula dikaitkan dengan kehidupan kita. Contoh, seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

Orang lama kita dulu memang banyak memerhati dan berfikir.
Aku pulak banyak memerhati dan berkhayal bila nak kahwin saja. zzzzz.

***

No comments: