12.9.14

1. Harum

Saat dia memejam mata, deria baunya memerangkap aroma daun hutan, melur dan kenanga selepas hujan. Harumnya. Bibirnya munggulum senyum. Rambut hitam ikalnya yang dibiar lepas tadi disanggul tinggi dan dicucuk dengan cucuk sanggul kayu ukiran bunga melur dihujung. Selendang putih polos dikemas di atas kepalanya. Hujung kakinya mengocak air yang laju turun di celah batu. Sejuk. Bertambah sejuk selepas hujan. Romanya meriding namun nyaman. Senyummnya tak lekang di bibir. Alahai, sejuk, nyaman dan harumnya alam ini umpama rindunya dia pada kekasih nun jauh diatas gunung sana. Mungkin si kekasih di sana juga merindukannya. Hanya mungkin. Dia bangkit dari batu sejuk. Kain batik merahnya yang basah sampai ke betis diketatkan ikatannya. Dia pejam mata sekali lagi dan menghirup udara sejuk dalam-dalam.

Selamat tinggal sayang, dinda akan datang lagi.



bersambung... 


No comments: