15.9.14

2. Hanif

Dia memejam mata dan membayangkan dinginnya percikan air terjun di Kampung Melor Sejambak bila terkena wajahnya. Matanya seakan memainkan kembali wajah suci kampung itu. Pohon melor tumbuh melata. Segar dan malar. Dia senyum. Dia rindu untuk berendam dalam air jernih dan membiarkan dirinya ditujah air yang terjun dari batu tinggi. Tapi yang dia paling rindu adalah kelibat gadis selendang putih yang datang setiap pagi merendam kakinya di celah batu. Manis orangnya dan berbau melor. 'Memangla bau melor kan. Satu kampung kot penuh dengan melor'. Gerutu hatinya.

Dia terus pejam mata dan tersenyum. Alahai...


bersambung...

No comments: