15.9.14

3. Harum

Matanya dibuka. Kemudian dia bangun dari bangku rotan di ruang tamu dan terus ke luar rumah menuju ke bangku yang dipayungi pohon ketapang. Banyak benar perkara yang remeh difikirkannya sekarang ini contohnya seperti kenapa jiran sebelah rumahnya ini gemar melemparkan wajah aneh kepadanya atau kenapa dia perlu memikirkan baju warna apa untuk dipakai pagi esok atau apa yang perlu dimasaknya tengahari nanti sehingga dia sendiri rasa meluat dan rimas dengan buah fikirannya. Kadang-kadang kerap juga dia membayangkan dirinya seperti gadis melayu zaman dulu kala yang sopan, malu, ayu, lembut, manis. Mungkin sebab itu dia selalu ke air terjun setiap pagi merendam kaki sambil bercakap dan perasan seperti dialah gadis melayu terakhir. Biarpun bonda cakap yang dia ini pelik, tapi pelik lagi jiran sebelah rumahnya itu. Pelik sungguh. Mata jirannya itu seperti mahu menerkam! Daun pohon ketapang di atasnya berbunyi bila ditiup angin sepertinya setuju dengan kata hatinya itu. Dia senyum. Dia suka ketapang ini. Pokoknya cantik; seperti payung yang leper. Ketapang ini juga mengingatkan dia pada Terengganu. Ah, Terengganu..


bersambung..

No comments: