15.9.14

4. Hanif

Matanya terbeliak. Hampir-hampir dia terjatuh dalam air sungai.  Silap-silap boleh terjatuh, terhantuk batu lalu mati. Terkejut juga lah dia bila terserempak dengan makhluk serba putih dalam hutan hujan ni oi. Perempuan mana lah sensorang feeling ayu dalam hutan ni. Siap baju kurung selendang bagai. Mujur la dia perasan dari jauh lagi, kalau dia sudah dekat baru perasan, mau malu juga jadinya nanti. Dia perhatikan gadis  itu duduk atas batu membelakangi dirinya, mencelup kaki dalam sungai kemudian gelak sorang-sorang. Eeee, saiko gila perempuan ni. Dia pun terus memanjat batu dan meninggalkan perempuan tu. Dia memang gemar berjogging dalam hutan. Dia rasa segar. Lagipun hutan disini tak tebal dan ada air terjun cantik. Dia suka kampung ni, Kampung Melor Sejambak.

bersambung...

No comments: