26.9.14

5. Bangkit dengan kekosongan

Harum sudah mengira. Hari ini hampir seminggu dia begini. Dia bangun dari tidur malam dan dalam tidur mimpinya pelbagai dan aneh-aneh. Kemudian dia akan terbangun mengejut sambil berfikir apa makna mimpi anehnya itu. Dia juga perasan satu perasaan ini. Perasaan yang sama bila dia bangun pagi-pagi untuk seminggu ini. Dia rasa kosong. Empty. Kosong yang sekosong kosongnya. Kosong yang macam bilik tanpa perabut, tanpa tingkap tanpa cat tanpa apa-apa dan bila kau jerit, suara kau bergema. Setiap pagi. Dan dia rasa terseksa dan jengkel dengan kekosonganya itu. Jengkel macam terpaksa dengar deringan telefon (bingit, kuat dan nyaring tentunya) pegawai di ofis yang tak reti-reti nak angkat telefon (ergh!). Dan setiap pagi jugalah dia berfikir tentang kosongnya dia (atau hati dia) sambil gosok gigi atau sambil sikat rambut. Malah sampai satu hari dia berfikir tentang itu sambil rendam-rendam kakinya dalam sungai.

Sebenarnya Harum sudah tahu kenapa dia mempunyai kekosongan. Dia sebenarnya berada dalam fasa penafian selama ini. Dia juga mengklasifikasikan dirinya sendiri sebagai gadis degil. Degil dan penafian memang duet yang mantap dalam kekosongan yang dia alami sekarang. Malah, Harum semakin hilang selera makan dan semakin kurus. Pernah dia meluahkan kepada sahabatnya bahawa dia rasa dirinya mempunyai simptom aneroxia. Sahabatnya gelak tanpa mengulas apa-apa. Harum juga pernah mencari di internet simptom-simptom kemurungan. Dia memang nampak tanda-tanda penyakit itu pada dirinya. Tapi macam biasalah, dia menafikannya.


bersambung...

No comments: