8.9.14

Gula-gula berangin Mentos

Awal tengahari lalu, dia memicit kertas gula-gula supaya sebiji Mentos berangin keluar. Refleks saja jarinya menyuap masuk ke dalam mulut. Lalu mengepat dan gula Mentos mencair dalam mulut. Oksigen disedut, mengaktifkan molekul methol dalam mulut. Nyamannya pedas. Dia mempelawa orang yang duduk di sebelahnya gula Mentos berangin. Orang disebelahnya geleng menolak lembut sambil berkata tegas, 'gula Mentos ini punya banyak bahan kimia'.  Dia terhenti mengepat dan bertanya 'eh! kenapa pula'? 'Kerana semut tak hurung gula Mentos tu. Aku biar seminggu kat rumah, takde sekor semut pun hurung'. Jawab orang disebelahnya bersungguh. Dia gelak. Hampir terkeluar gula Mentos beranginnya itu. Dia pun kembali mengepat gula dalam mulut sambil menyanyi dalam hati.

Malam itu, dalam bas, dia terfikir; kalau begitu apa lah bezanya sangat dia dengan orang disebelahnya tengahari tadi. Dia mengepat gula Mentos manakala orang disebelahnya tadi menghisap rokok. Dua-dua semut tak hurung. Dua-dua berbahan kimia.
Dia senyum,
kemudian menutup mata.

Kelakar lah.


2 comments:

Mai said...

Tapi semut hurung mentos aku. Terkurang bahan kimia barangkali...

J.A KUANTAN ANALISA said...

aku pun tak percaya sangat teori semut-tak-hurung-mentos dia tu. haha.


faz