17.10.14

Kapal Angkasa yang Terhempas di Subang Jaya

Hai,
Saya jarang mengulas buku di sini, sebab saya tak reti bagaimana. Selalunya saya tak mengulas tetapi saya memaksa orang (selalunya adik, En.H, atau kawan serumah saya) untuk membaca buku yang berjaya mengujakan saya. hahaha. Buruk sungguh perangai paksa-paksa orang baca ni. Sebab buku yang sedap dan mengujakan wajib dikongsi dengan orang lain! Wajib! Tapi bergantung pula pada minat seseorang kan.

Jadi, semalam saya telah pergi ke kedai buku dan saya terpandang buku ini. Buku Kapal Angkasa yang Terhempas di Subang Jaya. Tajuk dan kulitnya amat menarik hati. Saya agak ragu-ragu pada mulanya untuk memiliki buku ini. Buku ini berbalut plastik jadi tak boleh nak cuba-cuba baca. Saya pun membaca sinopsis di belakang. Jalan cerita macam okaylah, tapi ada satu perkataan yang betul-betul menarik saya untuk membeli naskah ini! Perkataan itu ialah 'nagasari". How cute is that! 

Semalam saya sungguh teruja (saya masih teruja sehingga saat saya menulis ini), saya terus buka plastik dan baca muka pertama dalam kereta. Ahahaha. Nyata, buku ini seronok! Perkataan yang dipilih mudah, tepat, jelas dan comel. Bahasa dia manis, comel dan menghiburkan! Jalan cerita nya sungguh seronok dan saya sungguh terhibur! Saya sudah menghabiskan buku ini tepat pada jam 9 pagi tadi. Saya rasa sungguh bahagia. hahahaha.

Ceritanya bergenre fantasi dan saya puji penulis kerana beliau sangat berani mengetengahkan isu ini dengan begitu manis dan bersahaja. Saya suka dengan latar tempatnya, wataknya dan ayat beliau yang jelas memang membantu saya membayangkan apa yang terjadi. Macam saya tengah tengok tv pulak. Amboi. Dan yang penting, bahasanya sopan, tiada unsur seks dan comel. Oh banyak kali dah saya cakap comell kan? Buku ini juga mengigatkan saya pada kawan-kawan satu makmal saya sebab penulis ada menyentuh mengenai biologi dan marin dan pencemaran dan pembangunan. Oh, bestnya.hahahaha

Saya tak mahu cakap pasal penamatnya, anda bacalah sendiri! Seronok!








No comments: