11.12.14

Bebas macam manusia tahun 2014

Bunyinya mugkin kedengaran pelik. Tapi manusia tahun 2014 hari ini hidup dalam kebebasan untuk meluahkan isi hati dengan lantang. Malah bebas melakukan apa saja. Tanpa halangan, tanpa malu, tanpa segan; siap boleh kongsi-kongsi lagi dengan orang lain. Bila aku amat-amati lama-lama, benda ni menakutkan aku. Merimaskan aku. Tapi bunyi nya agak mengada; yelah sebab sekarang pun aku tengah meluahkan isi hati aku di bawah pendingin hawa dalam pejabat pada waktu pejabat. hakhak. Nampak tak. Nampak tak macamana benda ni boleh memanipulasikan manusia. Lepastu benda alah ni buat manusia (aku) ketagih. Berapa kali dah aku cek facebook hari ni? Adalah lebih lima kali. Kejap kejap facebook. Takpun tengok blog. Takpun tengok barang online. Pedih jugak lah biji mata aku ni. Tapi ianya sudah menjadi habit dan habit ni boleh bertukar menjadi ketagihan! ooooooooooooooh my god please save me! Dan yang mendebarkan aku juga adalah, benda alah teknologi sekarang ini (facebook, instagram, blog dan apa-apa ntah lagi) boleh digunakan untuk menjatuhkan orang lain, memburukkan orang lain, menyebarkan penipuan, fitnah dan gosip secara laju!

Okay ini semua orang dah tahu kan.
ok lah. bye.