30.9.16

Kekok rasanya.


Lama tidak ku khabarkan berita kepadamu.
Kekok rasanya.
Tapi tiada apa yang lagi kekok selain berada di bumi orang yang manusianya aneh-aneh belaka.
Bumi ini punya bangunan yang tinggi dan kacanya menyilaukan pandangan.
Pokoknya hanya terdapat di tempat tertentu. Disimpan untuk rujukan generasi baru.

Hampir 17 bulan aku disini. Berkongsi ilmu dengan anak-anak muda. Bersuka dan duka bersama teman-teman ku.
Terima kasih kepada Yang Maha Penyayang atas nikmat kurniaannya kepadaku.
Pakaiku cukup, makanku kenyang dan tidurku berbumbung.
Segala puji-pujian kepadanya.
Memberi ku peluang lagi untuk bernafas di buminya.





No comments: