21.11.16

Hari Akhir

Maafkan aku sayang
kerana cemburukanmu.
cemburukan senangmu,
cemburukan tawamu.

Maafkan aku sayang
kerana tamak.
Tamakkan rindumu
tamakkan masamu
tamakkan baumu.

Semalam sebelum sempat memejam mata, terlintas satu fikiran buruk; bagaimana jika orang yang kita sayang pergi secara tiba-tiba tanpa sempat kita bersedia? Atau bagaimana jika aku pergi secara tiba-tiba tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal kepada orang yang aku sayang?

Bagaimana? Memikirkannya pun aku sudah jadi begitu takut sehingga mengalir air mata. 

Aku selalu meminta tanpa aku sedar apa yang sudah aku beri kepada orang yang aku sayang. Atau jadikan situasinya begini; aku selalu meminta kepada Tuhan, tapi apa yang aku pernah korbankan/ berkhidmat/ beri kepada Tuhan?

Serta merta fikiranku macam kena restart
Ya ampun, aku jarang sungguh memberi. 
Memikirkan ini membuat aku tidak boleh tidur, sedih, kecewa, rasa tak berguna, rasa tahi dan macam-macam lagilah rasa yang buruk.
Ya Tuhan. Manusia jenis apa aku ini.

Aku cuba tidur dan memeluk temanku disebelah sambil mengucapkan kata maaf dan sayang. 
Lalu air mata aku tumpah. 

Moga aku lebih banyak memberi dari meminta dan semoga aku lebih bersedia untuk hari akhir aku nanti.




No comments: