3.3.17

Rutin benci

Lama sungguh rasanya tidak membaca buku sedap. Balik kerja mukanya dihadap depan kotak nipis kelabu merenung tanpa kelip imej bercahaya sampai malam. Dia membiakkan kemalasan sambil mengusap dahi kucing oren dan putih. Hidupnya difikirkan kini menjadi semakin rutin. Tapi, hidup siapa yang tidak rutin bukan? Argh. Tipu. Dia yang merutinkan acuan hidupnya. Kemudian dia bosan dan menyalahkan kotak nipis kelabu dan kucing. sheeesh.

Kau mahu tahu satu rahsia tak?
Betul?
.....
Sebenarnya,
Dia tidak suka majikannya. Dan sambil menaip ayat ini, dia kerap menoleh ke belakang. Risau majikannya muncul tiba-tiba di belakangnya. Dia rasa majikannya mengeluarkan satu aura yang menjelekkan, sinis dan merendahkan orang lain. Yelah, tapi aura saja. Mungkin dia tersalah baca aura.






No comments: