19.6.17

Menghampiri tiga puluh

Sia-sia.

Dulu dipenuhi dengan pelbagai perasaan kini perasaan semakin tinggal tunggal. Cita-cita yang dulunya jelas bewarna-warni kini semakin pudar kelabu. Apakah yang tinggal kini dalam dirinya? Adakah hanya sebuah kelongsong yang sudah kering isinya?

Kerutinan statik melemaskan, menarik kaki ke bawah untuk tenggelam bersama kebosanan yang berkarat. Ya Tuhan! Semakin difikir semakin berkarat dirasakan!

Untuk memikirkan masa hadapan, aduh payah sekali. Apatah lagi menyusun jadual dan merancang malah benci untuk membayangkannnya. Adakah ini sindrom peningkatan umur akut?


No comments: