16.10.17

Untung

Bila aku tahu kebenaran yang pahit ini, aku berfikir berkali-kali, bagaimana seorang isteri boleh tergamak menduakan suaminya sendiri. Otak aku macam jem, tersekat, black out.

Apa sang isteri di luar sana tidak terfikir kah tentang sedih, luka kecewa hati sorang suami jika dia mengetahui hal yang sebenarnya?

Itulah bezanya. Tahu. Sang suami tidak tahu.

Itulah bezanya kita, pengetahuan. Jika kita tahu setiap dosa semua orang tentu kita menghukum orang tidak tentu hala.

Dan kita beruntung, kerana Allah menutup aib kita.

Beruntung benar.

Dan, sudah-sudahlah mencari dosa  orang, sepertinya kau maksum dari berbuat dosa.

No comments: